Menghafal dan Mengimbas kembali tanpa jemu

Selepas membaca dan membuat nota, proses pembelajaran belum berhenti lagi setakat sini.

Anda perlu menghafal dan mengimbas kembali tanpa jemu.

Ini formula yang saya guna dalam ulang kaji:

Hari pertama-baca dan faham
Hari kedua-imbas kembali dan baca semula (bahagian yang tidak mahir)
Hari kelima (selepas tiga hari)-imbas kembali dan baca semula (bahagian yang tidak mahir)
Hari ke-15 (selepas seminggu)-imbas kembali dan baca semula (bahagian yang tidak mahir)
Hari ke-31 (selepas sebulan)-imbas kembali dan baca semula (bahagian yang tidak mahir)
Hari ke-61 (selepas dua bulan)-imbas kembali dan baca semula (bahagian yang tidak mahir)
Hari ke-91 (selepas tiga bulan)-imbas kembali dan baca semula (bahagian yang tidak mahir)
...setiap bulan imbas kembali dan baca semula (bahagian yang tidak mahir) satu kali

*anda juga perlu imbas kembali dan baca semula (bahagian yang tidak mahir) sebelum ujian.

Fokus dalam bacaan

Mungkin pelajar-pelajar akan tertanya-tanya...
Kami perlu membaca buku teks sejarah. Tetapi, apa yang perlu dipelajari?

Fokus dalam bacaan sejarah
1. Peristiwa/Fakta
2. Istilah penting/ Konsep utama
3. Pihak yang terlibat (individu/kaum/pertubuhan/negeri/negara/dll)
4. Punca, urutan dan kesan peristiwa
5. Iktibar dipelajari daripada peristiwa
6. Bahan-bahan tulisan, arkeologi atau lisan (Perjanjian, Asal-usul, Batu Bersurat, dll)
7. Bahan-bahan grafik yang disertakan dalam buku
Contoh: Peta/Gambar rajah/Pernyataan/Jadual/Peribahasa/Illustrasi/Maklumat lain

Buat Nota sendiri

Praktik membaca
1. Baca objektif bagi bab tersebut di muka surat pertama setiap bab (untuk mengetahui apa yang perlu dikuasai).
2. Baca peta minda dan rumusan bagi bab tersebut (untuk mendapatkan konsep keseluruhan bagi bab itu).
3. Baca subtopik dan fikirkan soalan-soalan (siapa, apa, mana, bila, bagaimana, mengapa, mana):
Contoh:
Topik "Kegigihan Parameswara Membangunkan Kesultanan Melayu Melaka"
Contoh soalan-soalan: Siapakah Parameswara? Dari manakah Parameswara berasal? Bila Parameswara mula usahanya? Apakah usaha yang diambil untuk membangunkan sebuah negara? Apakah kesannya ?

Apa-peristiwa sejarah
Siapa-orang-orang/institusi/negara yang terlibat (antagonis/protagonis/neutra dll)
Bila-tarikh/kurun/zaman
Mana-tempat/negara/negeri
Mengapa-Sebab berlaku
Bagaimana-Kronologi/urutan peristiwa
Apa-kesan
Apa-nilai/iktibar

4. Guna bantuan glosari dan grafik untuk meneka isi-isi bagi topik tertentu.
5. Mula membaca dan menggariskan (atau guna "highlighter") untuk menandakan isi-isi penting. Fikirkan jawapan kepada soalan-soalan yang anda kemukakan tadi.
6. Catat nota ringkas dalam bentuk peta minda.
7. Catat nota anda dalam bentuk poket saiz (supaya senang dibawa untuk dibaca di mana-mana tempat.)

(*Harap-harap dapat upload nota saya buat lain kali)

Baca buku teks KBSM Sejarah

Terdapat banyak pelajar yang tertanya-tanya 'Apakah buku rujukan yang perlu kami baca untuk bersiap untuk PMR Sejarah?'

Bagi pengalaman saya, baca buku teks KBSM Sejarah.

Buku teks Sejarah cukup untuk persiapan PMR Sejarah.

Hal ini demikian kerana ia menepati Sukatan Pelajaran Sejarah KBSM.

Hampir semua soalan dalam kertas PMR Sejarah adalah dari pengetahuan dalam buku teks.

Justeru, anda mungin dapati sesetengah buku rujukan mencatat muka surat tertentu di sisi soalan tersebut. Jawapan dapat dicari dari muka surat tertentu dalam buku teks.

Persoalannya, macam mana baca buku teks.

Pertama sekali, anda perlu tahu apa yang disukat (diuji) melalui huraian sukatan pelajaran Sejarah:
Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan 1 & 2
Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan 3


Tip belajar buku teks sejarah akan datang...